Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Lebih 50% pemain jadi mangsa buli siber

    PARIS, 19 JUN – Lebih separuh daripada pemain bola sepak yang bermain di Kejohanan Eropah dan Piala Negara-Negara Afrika menjadi mangsa siber buli, menurut kajian yang diterbitkan oleh FIFA, kelmarin.

    Sebahagian besar buli siber dilakukan oleh peminat dari negara kelahiran pemain itu sendiri.

    “Homofobia (40 peratus) dan perkauman (38 peratus) adalah majoriti daripada siber buli tersebut,” menurut laporan bebas yang diterbitkan secara kebetulan dengan Hari Antarabangsa bagi Melawan Ucapan Berunsur Kebencian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Menggunakan kepintaran buatan untuk menjejak lebih 400,000 perkongsian di media sosial semasa separuh akhir dan perlawanan akhir Euro 2020 dan Piala Negara-Negara Afrika 2021 ‘lebih 50 peratus daripada pemain menerima penganiayaan dalam bentuk diskriminasi.

    FIFA berkata dengan Piala Dunia di Qatar hanya tinggal lima bulan sahaja lagi, mereka akan berusaha dengan kesatuan pemain FIFAPRO untuk melaksanakan pelan bagaimana untuk melindungi pemain daripada buli siber.

    Mereka akan mengimbas ungkapan berbentuk kebencian yang dimuat naik bagi mengenal pasti akaun media sosial, dan sesudah dikesan, ia akan menghalang komen untuk dilihat oleh penerima dan pengikutnya.

    “Walaupun mesej itu masih boleh dilihat oleh individu asal yang membuat komen tersebut, namun jumlah pengguna yang dapat melihatnya akan dikurangkan secara signifikan,” kata FIFA.

    Pemain England, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho kesemuanya disasarkan dalam talian berikutan kegagalan mereka melengkapkan sepakan penalti di aksi akhir Euro 2021, membawa kepada gesaan untuk membanteras penganiayaan perkauman di media sosial.

    Seorang remaja dijatuhkan hukuman penjara enam minggu kerana buli siber ke atas Rashford di Twitter selepas England tewas kepada Itali.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...