Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih banyak kes denggi dilaporkan di Filipina

    MANILA, 4 JULAI – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina hari ini menyatakan bahawa jumlah kes demam denggi yang direkodkan dari 1 Januari hingga 18 Jun tahun ini adalah 58 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

    DOH menyatakan 239 orang telah meninggal dunia akibat penyakit bawaan nyamuk itu setakat ini. Rantau Luzon Tengah, di utara Manila, merekodkan kes tertinggi dengan 6,641 diikuti oleh rantau Visayas Tengah di tengah Filipina dengan 6,361, dan Semenanjung Zamboanga di selatan Filipina dengan 4,787 kes. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...