Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih inovatif, versatil

    Gambar serahan Porsche Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Porsche Brunei, diwakili pengimport dan peniaga rasmi QAF Eurokars Sdn Bhd, telah melancarkan kereta sport elektrik baharu, Porsche Taycan Cross Turismo dalam satu majlis di Porsche Centre Brunei, baru-baru ini.

    Pengurus Besar QAF Eurokars, Lahiru De Silva berkata, “Tahun ini merupakan satu perjalanan yang bukan senang bagi kami, namun ia juga pastinya satu yang menakjubkan.

    Meskipun berdepan cabaran, kami membuktikan ketahanan kami, kemampanan Porsche, dengan mencatat peningkatan 40 peratus dalam jualan tahun-ke-tahun, di mana 20 peratus daripada jualan kami datang daripada model elektrik Porsche.

    “Ketika kami menyambut tahun baharu, kami tetap komited kepada jenama yang didorong oleh semangat penerokaan dan inovasi, dan kami tidak sabar-sabar untuk terus menghidupkan impian kereta sport,” tambah De Silva.

    Porsche Taycan Cross Turismo ialah kereta sport elektrik versatil dengan ciri-ciri teknologi inovatif mengecas yang pantas, ruang luas dan selesa, melengkapi model Taycan terbaharu dengan kefleksibelan praktikal.

    Selain daripada itu, Cross Turismo boleh dipandu di rupa bumi yang lasak dan mencabar, terutamanya dengan mod ‘Gravel’ yang boleh didapati secara eksklusif dalam Cross Turismo.

    Ciri baharu ini mengendali pengagihan tork menerusi peralihan kuasa cengkaman optimum, justeru menambah kesesuaian kereta di jalan raya yang berkualiti teruk.

    Model tersebut juga mempunyai pelapik khas di penjuru depan dan belakang bampar. Ia sekali gus memberikan reka bentuk luaran menonjol serta memberikan perlindungan daripada impak batu.

    Orang ramai boleh mengunjungi Porsche Centre Brunei untuk melihat Taycan Cross Turismo pada minggu-minggu akan datang.

    Lahiru De Silva bersama kakitangan QAF Eurokars pada majlis pelancaran Taycan Cross Turismo di Porsche Centre Brunei baru-baru ini.
    Model Porsche Taycan Cross Turismo terbaharu yang elegan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...