Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Legenda tenis meninggal dunia pada usia 95

    CALIFORNIA, 11 JAN – Robert “Bob” Falkenburg, yang menyelamatkan tiga mata kejohanan untuk memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon 1948 pada usia 22 tahun dan memperkenalkan makanan segera ke Brazil semasa kerjaya keusahawanannya selepas bersara daripada tenis, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.

    Falkenburg meninggal dunia pada Khamis lalu di rumahnya di Santa Ynez, California. Anak perempuannya, Claudia memberitahu The Associated Press dalam temu bual menerusi telefon kelmarin.

    Selain kejayaan perseorangannya di All England Club, Falkenburg memenangi dua gelaran beregu lelaki Grand Slam semasa era amatur tenis iaitu di Kejohanan Wimbledon pada tahun 1947 bersama pasangan beregunya, Jack Kramer, dan di Kejohanan Kebangsaan AS pada 1944 bersama Don McNeill.

    Falkenburg dimasukkan ke dalam Hall of Fame pada 1974.

    Pemain tenis itu dilahirkan di New York pada 29 Januari 1926, Falkenburg tergolong daripada 10 pemain tenis teratas di usia 17 tahun dan memenangi kejohanan kolej perseorangan dan beregu untuk Universiti Selatan California.

    Kejayaan terbesarnya datang semasa di Wimbledon, di mana tiga kali dia berada dalam satu mata apabila tewas pada perlawanan akhir perseorangan 1948 sambil mengejar pemain Australia. – AP

    Robert “Bob” Falkenburg, yang berjaya memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon 1948 pada usia 22 tahun dan memperkenalkan makanan segera ke Brazil, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...