Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lelaki acu katana dipenjara tiga tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, kelmarin, selepas perbicaraan atas tuduhan melibatkan serangan.

    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mendapati kes Pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad terhadap Hamzah bin Pehin Orang Kaya Kesuma Dato Paduka Haji Ali terbukti melampaui keraguan munasabah kerana menyebabkan kekacauan hingga mengganggu ketenteraman awam, memiliki katana di tempat awam dengan niat untuk menggunakannya secara ofensif dan mempamerkan tingkah laku mengancam dengan memukul seseorang dengan sebatang besi serta mengacukan katana yang mengganggu ketenteraman awam.

    Mahkamah tidak mempercayai pembelaan Hamzah yang mengatakan tindakannya itu untuk membela diri dan mendapati dia sebenarnya penyerang utama.

    Pendakwaan mendedahkan Hamzah membawa senjata jenis katana dan batang besi ketika dia pergi ke sebuah rumah di Kampung Setia A pada 21 Mac 2021 jam 3 pagi.

    Mangsa bernama Bunut ketika itu menghadiri persembahan live band di salah sebuah rumah dan berdiri di tepi jalan bersama rakan-rakannya apabila defendan menghampirinya, diikuti rakan-rakan defendan.

    Defendan kemudian mengayunkan batang besi dan memukul kepala Bunut lalu mengacu dan mengayunkan katana ke arah Bunut.

    Tidak lama kemudian, anak defendan yang berada dalam kalangan rakannya menjerit ke arah Bunut menyebabkan dia berlari ke tengah jalan dan terjatuh.

    Defendan menghampiri Bunut yang segera dibantu oleh rakan-rakannya dan Bunut pergi ke keretanya.

    Salah seorang rakan mangsa mendepani defendan tetapi defendan menghantukkan kepalanya kepada rakan mangsa.

    Selepas rakan mangsa mengatakan sesuatu kepada defendan, Bunut dan rakannya pun lari diri dari tempat kejadian.

    Pada perbicaraan itu, Hamzah diwakili Peguam Bela Pengiran Khairul Nizam Pengiran Haji Mohd Yassin dari Messrs Yusof Halim and Partners.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...