Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Lelaki AS didakwa curi kasut terkenal

    WASHINGTON, 19 MEI – Seorang warga emas AS telah didakwa atas tuduhan mencuri sepasang kasut merah yang dipakai Judy Garland dalam filem klasik, The Wizard of Oz hampir 20 tahun lalu.

    Kasut berlabuci yang dikaitkan dengan watak Dorothy mengklik kasut itu sambil berkata berulang kali, ‘tiada tempat seperti rumah’ telah dicuri pada tahun 2005 dari Muzium Judy Garland di kampung halaman pelakon itu di Grand Rapids, Minnesota.

    Kasut itu ditemui semula dalam satu operasi rahsia FBI pada 2018 tetapi tiada pertuduhan difailkan pada masa itu. Ganjaran berjuta-juta dolar untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan ditawarkan, tidak berhasil.

    Tetapi pada Rabu lalu, Terry Martin didakwa oleh juri Mahkamah Tinggi dan didakwa dengan satu pertuduhan mencuri karya seni utama, kata Jabatan Kehakiman AS di North Dakota.

    Pengumuman itu tidak memberikan butiran mengenai Martin, dan juga tidak menyatakan apa yang membawa polis kepadanya sebagai suspek dalam kecurian kasut di mana kotak pameran kaca yang mengandungi kasut itu telah dipecahkan pada tengah malam.

    Akhbar Minneapolis Star-Tribune berkata, Martin berusia 76 tahun dan tinggal 12 batu dari muzium Garland.

    Apabila dihubungi oleh akhbar itu, Martin dipetik sebagai berkata, “perlu ke mahkamah. Saya tidak mahu bercakap dengan awda.”

    Kasut itu adalah antara empat pasang yang Garland pakai semasa pembuatan filem kesayangan 1939 itu. – AFP

    Kasut delima yang dipakai oleh pelakon Judy Garland memegang watak Dorothy dalam Wizard of Oz, dipamerkan di Muzium Sejarah Amerika Smithsonian di Washington, DC. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...