Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan baling telur pada Raja Charles III

    LONDON, 10 NOV – Seorang pembantah diberkas semalam setelah membaling telur pada Raja Charles III dan Permaisuri Camilla, ketika mereka berjalan di bandar York, utara England.

    Kejadian tersebut berlaku ketika raja dan isterinya sedang memasuki York menerusi Micklegate Bar, pintu masuk Zaman Pertengahan di mana raja berperlembagaan biasanya disambut penduduk ke bandar berkenaan.

    Gambar video menunjukkan beberapa biji telur dibaling dan pecah di atas tanah. Tidak ada telur yang terkena pasangan diraja itu, yang meneruskan acara dan menyapa orang ramai.

    Beberapa pegawai polis kelihatan bergelut dengan seorang lelaki di kawasan sekatan orang ramai. Agensi berita Britain PA melaporkan dia mengejek dan menjerit ‘Negara ini dibina atas darah hamba’ ketika dia ditahan.

    Orang ramai cuba menenggelamkan suaranya dengan melaung ‘Malu kamu’ dan ‘Tuhan selamatkan Raja.’

    Charles dan Camilla berkunjung ke York sebagai sebahagian daripada beberapa tugas rasmi di UK sempena menandakan bermulanya pemerintahan raja baharu. – AP

    Polis menahan seorang pembantah selepas dia membaling telur pada Raja Charles III dan Permaisuri Camilla ketika mereka tiba untuk acara di Micklegate Bar di York, England, pada 9 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...