Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan lapor ancaman bom palsu

    SAN FRANCISCO, 19 JULAI – Seorang lelaki warga Oakland ditahan atas kesalahan membuat laporan palsu mengenai ancaman bom pada hujung minggu lalu, menyebabkan ratusan orang dipindah keluar dari terminal antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, kata polis kelmarin.

    Terry Addison, 53, didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu mengenai ancaman bom, kata Jabatan Polis San Francisco dalam satu kenyataan.

    Addison disumbat ke dalam penjara di San Mateo County, tempat terletaknya lapangan terbang itu. Ia tidak jelas jika Addison mempunyai peguam yang boleh mewakilinya. Sementara itu, pendakwa raya di San Mateo County tidak membalas e-mel bagi mendapatkan komen mengenai insiden itu.

    Ancaman bom itu dilaporkan Jumaat lalu, dan pihak berkuasa mendapati bungkusan yang mencurigakan, kata pihak berkuasa. Pasukan penyiasat yang berada di lapangan terbang itu menganggap barang tersebut berkemungkinan jenis barangan mudah terbakar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...