Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Lelaki dituduh ugut remaja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT –Seorang lelaki berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, atas pertuduhan melakukan ugutan terhadap seorang remaja berusia 13 tahun.

    Mohamad Mazwan Safwan bin Jahari telah didakwa menghantar pesanan di Instagram kepada mangsa, mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa yang disunting berbogel bersama nombor telefonnya pada 23 Ogos lalu. Pendakwa Raya Atiyyah Abas memaklumkan mahkamah bahawa polis masih belum menyelesaikan siasatan kes tersebut.

    Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof memerintahkan agar defendan ditahan reman dan menangguhkan kes untuk sebutan lanjut pada 5 September ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...