Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna

    SEMPORNA, 21 OGOS – Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.

    “Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

    Faizal dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...