Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Lelaki maut dihempap jentolak

    KOTA KINABALU, 28 OKT – Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, dekat Tenom, pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10:12 pagi.

    Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tenom bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lapan kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan.

    Operasi ditamatkan pada 11:49 pagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...