Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Letupan bom ragut beberapa jiwa di Somalia

    MOGADISHU, 12 JAN – Beberapa orang terbunuh hari ini dalam letupan bom kereta berani mati di ibu negara Somalia, Mogadishu, kata pegawai.

    Serangan itu didakwa oleh kumpulan jihad Al-Shabaab, yang berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa ia menyasarkan ‘pegawai asing’.

    Ia berlaku hanya beberapa hari selepas pemimpin Somalia bersetuju dengan jadual waktu baharu untuk pilihan raya yang telah lama tertangguh di negara Afrika yang bergolak itu.

    Kerajaan berkata dalam satu kenyataan di Twitter bahawa ia mengutuk serangan berani mati yang ‘pengecut’ dan menyebabkan empat orang mati dan enam cedera.

    “Tindakan keganasan seperti ini tidak akan menjejaskan keamanan dan pembangunan berterusan dalam negara. Kita mesti bersatu dalam memerangi keganasan.”

    Pegawai keselamatan kerajaan tempatan, Mohamed Abdi sebelum ini memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.

    “Ia juga telah menyebabkan kemusnahan di kawasan tersebut,” katanya sambil memberi amaran bahawa jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana sebilangan besar orang berada di kawasan tersebut. – AFP

    Pemandangan umum tempat kejadian letupan bom kereta di Mogadishu pada 12 Januari di mana sekurang-kurangnya enam orang terkorban. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...