Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    PW mengimbas lebaran di zaman 60an, 70an

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Beraya di zaman 50an pastinya detik kenangan penuh nostalgik yang sukar dicari ganti di mana meskipun juadah dihidang tidak sebanyak pada masa kini namun adanya makanan tradisional yang ringkas seperti kelupis, wajid, ubi rebus atau pun roti-roti kering sambil menikmati secawan kopi dan teh sudah memadai pada ketika itu.

    Sementara itu, di zaman 60an dan 70an pula, suasana kehidupan masyarakat ketika menyambut hari lebaran turut diwarnai dengan kiriman kad-kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah yang dihantar oleh seorang insan bergelar posmen, imbas Yang Di-Pertua Pertubuhan WARGAMAS (PW), Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PW dengan tema Berhari Raya Ala 60an dan 70an di Brunei, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Salma 2, Bangunan Impiana, Kiulap itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong dan isteri.

    Majlis telah diserikan dengan lagu rasmi WARGAMAS dan lagu Hari Raya seterusnya beramah mesra sesama ahli yang hadir.

    Terdapat empat teratak telah menghiasi suasana sambutan dengan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama terdiri daripada Teratak Mas Al-Baraqah (Berkat) dengan tema warna ungu, Teratak Mas Al-Ehsan (Hebat) dengan tema warna merah, Teratak Mas Al-Najhan (Berjaya) dengan tema warna hijau dan Teratak Mas Al-Mumtaz (Cemerlang) dengan tema warna biru.

    Yang Berhormat Awang Mohammad Ali dan isteri hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PW, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN WARGAMAS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...