Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Lima lelaki ditahan kes simbah asid

    GEORGE TOWN, 24 MEI – Polis Pulau Pinang menahan lima lelaki termasuk seorang warga emas bagi membantu siasatan berhubung kejadian beberapa premis menjual kenderaan terpakai disimbah cat dan asid serta pemerasan, dalam serbuan berasingan di sekitar negeri itu.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata semua lelaki berusia 26 hingga 63 tahun itu ditahan secara berasingan di empat lokasi sekitar George Town, di sini dan Bayan Baru, dekat sini hasil maklumat serta risikan yang dijalankan sejak tiga hari lepas.

    “Susulan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek yang terlibat dan kami melancarkan operasi sebelum berjaya menahan lima lelaki tersebut bermula 5.15 petang semalam hingga 3.20 pagi tadi.

    “Berdasarkan siasatan awal, seorang daripada suspek yang ditahan, berusia 36 tahun, berperanan melakukan kerja-kerja menyimbah asid dan cat merah di premis-premis menjual kenderaan terpakai manakala mereka yang lain mempunyai kaitan dengan dia untuk menjalankan jenayah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Katanya polis percaya dengan penahanan lima lelaki itu pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes simbah asid dan cat merah serta pemerasan iaitu 12 kes di daerah Timur Laut dan tiga kes di daerah Barat Daya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...