Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Liverpool hampiri suku akhir Liga Juara-Juara

    MILAN, 17 FEB – Liverpool menghampiri suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin dengan kemenangan 2-0 di Inter Milan selepas pertemuan sengit kelompok 16 terakhir di San Siro.

    Gol daripada Roberto Firmino dan Mohamed Salah pada suku terakhir sejam memberikan Liverpool pendahuluan cemerlang menjelang pusingan kedua peringkat 16 terakhir di Anfield dalam aksi tiga minggu lagi.

    Keputusan itu sukar diterima oleh juara Itali Inter, yang mendominasi pertandingan di hadapan penyokong tuan rumah untuk tempoh yang lama selepas rehat dan menyaksikan percubaan Hakan Calhanoglu terkena palang pada minit ke-16.

    Bagaimanapun, mereka tidak dapat mencari jalan untuk menembusi benteng pertahanan Liverpool yang dikawal dengan sempurna oleh Virgil van Dijk dan dihukum lewat oleh pasukan Reds yang kini memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    “Tempat yang sukar untuk dikunjungi pasukan yang sangat bagus, sukar untuk menewaskan mereka dan saya amat menikmati suasana serta penonton. Keputusan yang baik untuk dibawa pulang ke Anfield,” kata Van Dijk kepada BT Sport.

    “Semua orang menjangkakan akan menerima tekanan, ia adalah Liga Juara-Juara. Pesanan sebelum ini adalah awda perlu bersedia untuk diasak dan melakukan kerja keras. Ia adalah persembahan yang sangat baik, rekod tanpa bolos dan hari-hari yang menggembirakan.”

    Peluang untuk Inter ke suku akhir semakin pudar apabila berjaya mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sedekad, meninggalkan Juventus sebagai satu-satunya harapan sebenar Itali untuk berjaya dalam pertandingan itu. – AFP

    Reaksi Mohamed Salah meraikan gol dalam perlawanan antara Liverpool dan Inter Milan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...