Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Liverpool rapatkan jurang City

    LONDON, 17 MAC – Jurgen Klopp menggesa Liverpool untuk menyelesaikan tugas apabila berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester City kepada satu mata selepas Diogo Jota dan Roberto Firmino mencetus kemenangan 2-0 ke atas Arsenal di Emirates.

    Skuad kendalian Klopp memanfaatkan keputusan seri tanpa jaringan City ketika bertemu Crystal Palace untuk menjadikan persaingan merebut kejuaraan bertambah sengit. Arsenal memulakan perlawanan dengan baik apabila boleh menghasilkan gol pembukaan namun Alisson Becker beraksi cemerlang untuk menafikan percubaan Martin Odegaard.

    Liverpool kini semakin berbisa apabila menang sembilan perlawanan liga berturut-turut, menjaringkan 23 gol dan hanya bolos dua kali.

    Selepas ketinggalan 14 mata di belakang City pada 15 Januari, Liverpool kekal fokus memburu kemenangan untuk gelaran kedua mereka dalam tiga musim.

    Kemenangan ke atas Watford pada perlawanan liga seterusnya 2 April nanti akan membuka ruang untuk Liverpool meletakkan diri mereka lebih dekat dengan kejuaraan menjelang pertembungan penting menentang skuad kendalian Pep Guardiola, City di Etihad pada 10 April.

    “Kami mengharungi tempoh yang baik. Itu yang kami mahukan. Kami satu mata di belakang, tapi masih sama. Kami perlu menang perlawanan bola,” kata Klopp. “Lebih baik ketinggalan satu mata berbanding 14 mata. Tapi 10 tahun lalu, adakah awda fikir seseorang akan berkata awda patut berbangga menduduki tempat kedua? Mungkin tidak.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...