Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Logo BTS dicetak pada jersi Pasukan Barcelona FC?

    BTS (Bangtan Boys) mungkin akan menjadi artis pertama yang dicetak pada jersi Barcelona FC. Agak-agak kenapa logo mereka muncul pada jersi kelab sukan? Ini penjelasannya.

    Dipetik dari KBIZoom, berita itu telah muncul sejak Barcelona FC mengumumkan kolaborasi dengan Spotify, salah satu perkhidmatan penstriman muzik terbesar di dunia. Disebabkan kerjasama Spotify dengan kelab bola sepak Sepanyol yang berprestij itu, nama atau logo artis dunia disyaki boleh dimasukkan pada jersi itu.

    Walaupun hanya desas-desus, cara ini sedang dipertimbangkan untuk meningkatkan pendedahan jenama dan kesan publisiti.

    Pada Selasa lalu, maklumat mengenai rekaan jersi Barcelona terbongkar dan tersebar di alam maya.

    “Barcelona mengumumkan Spotify sebagai penaja utama. Pakaian seragam yang ditaja mungkin menampilkan artis milik platform penstriman,” kata mereka.

    Gambar yang pertama kali disiarkan adalah jersi dengan logo dan nama BTS di bahagian dada. Tidak dinafikan, kemunculan logo BTS pada jersi Barcelona FC semakin dinanti-nantikan.

    Penampilan logo artis pada jersi sukan bukanlah sesuatu yang baharu. Pada masa lalu, kelab Atletico Madrid menandatangani kontrak dengan Columbia Pictures yang mempromosikan filem menggunakan pakaian seragam pasukan.

    Sebelum ini, pada 16 Mac 2022, Barcelona secara rasmi mengumumkan bahawa perjanjian penajaan dengan Spotify telah dicapai. – Agensi

    Logo BTS mungkin menjadi artis pertama yang dicetak pada jersi Barcelona FC. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...