Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lokasi mesin layan diri kit ART diumumkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan kit ujian pantas antigen (ART), Kementerian Kesihatan telah mengongsi lokasi-lokasi mesin-mesin layan diri yang menjual kit ART, kelmarin.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar telah mengongsikan lokasi-lokasi mesin layan diri itu pada sidang media harian COVID kelmarin.

    Menurutnya, bagi Daerah Brunei Muara lokasi-lokasi tersebut ialah di Hospital RIPAS (OPD shuttle bus; Woman & Children’s Center (WCC) shuttle bus; dan External carpark); Universiti Brunei Darussalam (Kompleks Sukan UBD dan FOS); BIBD Connect Lambak; JPMC; PJSC; DST; Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (kawasan kaunter pembayaran letak kereta awam); Taman Mahkota Jubli Emas; dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan.

    Bagi Daerah Tutong boleh didapati di Hua Ho Tutong; manakala bagi Daerah Temburong boleh didapati di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Bangar; dan bagi Daerah Belait boleh didapati di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

    Yang Berhormat Dato seterusnya memaklumkan bahawa sebagai permulaan, mesin-mesin layan diri hanya akan mengeluarkan satu kotak ART kit besar yang mengandungi 25 kit ujian.

    Manakala, penjualan ART kit secara berasingan (satu kit ujian setiap kotak) akan mula dijual dalam masa yang terdekat.

    “Dalam pada itu, mesin-mesin layan diri hanya akan menerima pembayaran secara tunai dalam denomasi $1, $5, $10 dan $20,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Di samping itu, menurut beliau, penjualan kit ART secara dalam talian juga sudah boleh dibuat melalui Syarikat INCOMM di laman webnya dengan penghantaran percuma bagi pembelian lebih $50.

    Senarai syarikat-syarikat dan klinik swasta menjual ART kit akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan maklumat lanjut mengenai penjualan ART kit boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn.

    Salah seorang pelanggan melihat mesin layan diri menjual ART di salah sebuah lokasi di ibu negara. Penjualan ART melalui mesin itu diumumkan kelmarin di beberapa lokasi di seluruh negara. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...