Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Keluarga rumah roboh, kebakaran terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KKBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Tiga orang ketua keluarga mangsa kejadian rumah roboh dan kebakaran di Daerah Brunei dan Muara kelmarin menerima bantuan kewangan kerajaan melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Bantuan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Keluarga kejadian rumah roboh yang menerima bantuan ialah Pengiran Haji Muhd Hazri bin Pengiran Haji Johari dari Kampung Pengkalan Sibabau yang roboh pada 22 Februari lalu.

    Kejadian sama turut menimpa keluarga Dayang Jalinah Sam bin Hamid di Kampung Sungai Besar dalam kejadian pada 27 Februari. Kedua-dua kejadian bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepada ahli keluarga kedua-duanya.

    Penerima bantuan ketiga ialah Hajah Asmah binti Haji Tamin yang rumahnya di Kampung Sungai Tampoi ranap terbakar pada 27 Februari.

    Bantuan dihasratkan dapat meringankan kesusahan dialami mangsa dan membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyampaikan sumbangan kepada ketua -ketua keluarga mangsa bencana.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...