Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lukaku dedah tidak gembira di Chelsea

    ROM, 31 DIS – Penyerang Belgium, Romelu Lukaku menerusi satu temu ramah berkata dia ‘tidak gembira’ di Chelsea apabila hanya membarisi kesebelasan utama sebanyak lapan kali dalam saingan liga musim ini.

    Pengurus Blues, Thomas Tuchel lebih gemar memilih formasi tanpa pemain berusia 28 tahun itu yang berdepan masalah kecederaan serta dijangkiti COVID-19 musim ini.

    Lukaku menyertai Chelsea pada Ogos lalu selepas memenangi Serie A bersama Inter Milan awal tahun ini.

    “Selepas dua tahun di Itali, di mana saya bersama dengan pelatih dan pakar pemakanan di Inter, saya berada dalam keadaan baik secara fizikal.

    “Tetapi saya tidak gembira dengan situasi sekarang. Ia adalah normal. Saya rasa jurulatih memilih untuk menggunakan sistem berbeza.

    Romelu Lukaku meraikan jaringan gol pasukannya semasa perlawanan di antara Chelsea dan Brighton di Stadium Stamford Bridge di London, England pada 29 Disember 2021. – AP

    “Saya tidak mahu berputus asa, saya akan terus bekerja keras dan bersikap profesional,” kata Lukaku kepada Sky Sport Italia.

    Lukaku menjadi arkitek kepada 10 jaringan dan meledak 24 gol pada saingan liga ketika Inter meraih kejuaraan Scudetto buat kali pertama sejak 2010.

    Chelsea membayar £97.5 juta untuk bekas penyerang Manchester United itu yang pernah beraksi di Stamford Bridge selama tiga musim pada awal kariernya.

    “Bagaimana saya meninggalkan Inter dan berkomunikasi dengan penyokong, semua ini mengganggu fikiran saya, malah ketika saya meninggalkan kelab juga bukan masa yang sesuai.

    “Tetapi sekarang saya rasa adalah masa yang terbaik untuk meluahkan segala-galanya kerana saya berkata Inter sentiasa berada dalam ingatan dan saya berharap dapat kembali beraksi di sini semula,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...