Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Macron gesa wujudkan dasar tenaga bersepadu Eropah

    ANKARA, 7 OKT – Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin menggesa supaya diwujudkan satu dasar tenaga bersepadu Eropah susulan perang Rusia-Ukraine.

    “Kami perlu menyelaraskan aktiviti untuk menurunkan harga tenaga. Itulah yang kami cuba lakukan di Kesatuan Eropah (EU). Kami telah mengadakan perbincangan yang sangat menarik mengenai perkara ini,” lapor  Agensi Anadolu memetik Macron dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Czech Petr Fiala dan Presiden Moldova Maia Sandu selepas mesyuarat Komuniti Politik Eropah di ibu negara Czech, Prague.

    “Terdapat beberapa negara Eropah, yang merupakan pengeluar tenaga, pengeluar gas iaitu Norway dan Azerbaijan,” katanya, sambil menambah bahawa ia ‘sangat penting’ dalam mempelbagaikan sumber tenaga Eropah selain mengurangkan pergantungannya kepada ‘kuasa luar yang tidak berkongsi nilai-nilai kita.’

    Macron juga berkata perlindungan infrastruktur biasa, seperti saluran paip, telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut merujuk kepada kebocoran saluran paip Nord Stream baru-baru ini.

    Presiden Perancis itu juga berikrar untuk terus menyokong Ukraine dalam peperangannya dengan Rusia.

    Menurut laporan tersebut, Fiala berkata bahawa 44 pemimpin rakan kongsi Eropah di Prague membincangkan keamanan, kestabilan, penghijrahan, tenaga, keselamatan dan ekonomi.

    “Saya berharap perbincangan hari ini akan disusuli dengan tindakan bersama,” kata Fiala.

    Di pihaknya, Sandu berkata akan memberikan komitmen untuk membantu Ukraine menegakkan kedaulatannya dengan usaha yang diperlukan untuk mengukuhkan keselamatan Eropah dalam jangka sederhana dan jangka panjang.” – Bernama

    Gambar fail bertarikh 30 September 2022 menunjukkan Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) bergambar bersama penyokong semasa lawatannya di Pau, barat daya Perancis. AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...