Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Madrid, Barcelona bergelut kekang seteru Copa

    BARCELONA, SEPANYOL, 6 JAN – Real Madrid dan Barcelona memulakan kempen Copa del Rey mereka dengan kemenangan sukar yang mengejutkan ke atas pasukan divisyen bawah kelmarin, manakala divisyen ketiga, Atletico Baleares menyingkirkan pasukan kedua teratas dengan menewaskan Celta Vigo 2-1.

    Madrid memerlukan dua gol lewat untuk menewaskan Alcoyano 3-1, satu tahun sebelumnya telah menyingkirkan pasukan terkuat dalam kelompok 32 yang sama. Sebelum itu, Barcelona terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan divisyen ketiga, Linares Deportivo dengan keputusan 2-1.

    Pemain pertahanan, Eder Militao meletakkan Madrid di hadapan 4,800 penyokong di Stadium El Collao. Tetapi tuan rumah mencipta peluang menjaringkan gol sepanjang perlawanan dan menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila Dani Vega berundur untuk mengelak kedua-dua pemain, Casemiro dan Militao sebelum menggegarkan gawang.

    Marco Asensio meletakkan Madrid kembali mengawal pada minit ke-76 apabila sepakannya terkena pemain pertahanan, menyebabkan penjaga gol Alcoyano, Jose Figueras tiada peluang untuk menyelamatkannya. Gol sendiri oleh Figueras memastikan kemenangan pada dua minit kemudian.

    Jaringan pemain penyerang Barcelona, Ousmane Dembele dan Ferran Jutgla menyempurnakan kemunculan semula pasukan menentang Linares.

    Dembele meneruskan pada separuh masa dan membatalkan jaringan Hugo Diaz pada minit ke-19 untuk Linares dengan jaringan dari luar kawasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-63.

    Jutgla menjaringkan gol kemenangan pada enam minit kemudian untuk menyelamatkan Barcelona daripada diaibkan di selatan Sepanyol.

    Dani Alves turut bermain dalam perlawanan pertamanya sejak kembali ke pasukan Barcelona. Pemain Brazil bek kanan yang berusia 38 tahun itu bermain untuk Barcelona sejak 2008 sehingga 2016, membantu dalam meraih 23 gelaran termasuk tiga piala Liga Juara-Juara.

    “Ini adalah hari istimewa bagi saya, dapat kembali ke pasukan ini, dan sekali lagi menghidupkan detik-detik Copa ini. Detik yang indah,” kata Alves. – AP

    Reaksi Isco dari Real Madrid (kedua kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa Copa del Rey, pusingan 16 dalam perlawanan bola sepak antara Alcoyano dan Real Madrid di stadium El Collao di Alcoy, Sepanyol, pada 5 Januari 2022 . – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...