Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan

    KARACHI, 8 Mac – Mahkamah tinggi Pakistan kelmarin menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Imran Khan selepas beliau gagal hadir perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan hadiah yang diberikan kenamaan asing semasa menjadi per-dana menteri.

    Ketua Hakim Negara, Aamer Farooq mengarahkan polis untuk tidak menangkap Khan sehingga 13 Mac, lapor Agensi Anadolu.

    Mahkamah juga memerintahkan bekas perdana menteri itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang sama (13 Mac) bagi perbicaraan kes itu.

    Mahkamah Islamabad minggu lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin itu selepas beliau sebelum ini gagal menghadiri perbicaraan.

    Polis pada Ahad cuba menahan Khan tetapi menerima tentangan hebat dari penyokong-
    nya di bandar timur laut Lahore.

    Khan, 70, disingkirkan selepas parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadapnya pada April tahun lalu.

    Beliau kini disabitkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram. – Bernama

    Penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menunggu pemimpin mereka di luar mahkamah, di Islamabad, Pakistan, 28 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...