Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Nagelsmann beri amaran kepada PSG

    MUNICH, 8 MAC – Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann berkata Sadio Mane tidak mungkin akan memulakan perlawanan esok, tetapi memberi amaran kepada Paris Saint-Germain (PSG) bahawa Mane masih boleh menjadi penentu dari bangku simpanan.

    Bercakap menjelang perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara di Munich, Nagelsmann berkata Mane “masih menemui rentaknya” selepas “disisihkan buat seketika.”

    “Saya tidak fikir dia akan memulakan perlawanan tetapi kami masih perlu membuat keputusan muktamad mengenainya,” katanya.

    Mane mengalami kecederaan kaki pada November dan memerlukan pembedahan, menghalangnya daripada beraksi di Piala Dunia bersama Senegal. Penyerang itu muncul dua kali dari bangku simpanan dalam liga dalam tempoh dua minggu lalu.

    “Kami sangat gembira kerana Sadio kembali, dia boleh memberikan kejutan dari bangku simpanan.

    “Walaupun dia tidak bermain, Sadio merupakan pemain yang boleh menjadi penentu dari bangku simpanan,” katanya.

    Bayern mengharungi perlawanan ini dengan kelebihan 1-0 hasil jaringan separuh masa kedua dari bekas pemain sayap PSG, Kingsley Coman dan hanya memerlukan ke-putusan seri untuk mara ke suku akhir.

    Pemenang Liga Juara-Juara dua kali dalam dekad yang lalu, Bayern hanya gagal ke peringkat suku akhir sekali sahaja, musim 2018-19 di mana mereka disingkirkan dalam pusingan 16 terakhir oleh Liverpool.

    Nagelsmann berkata menyerang adalah bentuk pertahanan terbaik menentang PSG, yang mana Kylian Mbappe akan bermula pada Rabu selepas turun dari bangku simpanan pada perlawanan pertama.

    “Kuncinya ialah jangan hanya memberikan tumpuan kepada pertahanan dan bertahan, dan memikirkan mengenai pemain PSG.” – AFP

    Julian Nagelsmann tiba untuk sesi latihan di Munich, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...