Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan memperingati sambutan HAWE 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) 2022, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir selaku ketua rombongan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dari seluruh negara, Persatuan Wargamas, persatuan-persatuan bukan kerajaan yang terlibat dengan aktiviti warga emas, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta penduduk kampung.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh guru agama terlatih, Awang Abdul Hassan bin Haji Angkis.

    Seterusnya, rombongan beredar ke Masjid Ash Shaliheen, Jalan Perdana Menteri untuk Majlis Doa Kesyukuran di mana majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas, Doa Kesyukuran, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Doa Menghindar dari Wabak COVID-19 yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa menghadiri Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja sempena Sambutan HAWE 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...