Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan sempena Puja Usia Baginda Raja Isteri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang itu telah dihadiri oleh seramai 250 orang ahli persatuan yang bergabung dalam MWNBD dan ahli-ahli jemputan daripada Persatuan PEKERTI, Persatuan Jururawat (PENJURU), Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA), Majlis Perniagaan Wanita (WBC) dan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM).

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MWNBD, Datin Hajah Siti Hajar binti POKSS DP Haji Awang Mohd Yusof, manakala bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Pengerusi Bahagian Keagamaan MWNBD, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar daripada PGGMB.

    Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Hajah Fatimah binti Haji Ahmad daripada Persatuan Pertiwi dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Hajah Julianawati binti Haji Hamdan daripada PKP.

    Majlis dikendalikan oleh MWNBD itu merupakan salah satu aktiviti tahunan dan tanda kasih kehadapan Baginda Raja Isteri selaku Penaung Diraja MWNBD.

    Antara lain objektif majlis tersebut ialah bagi memanjatkan doa kepada Allah SWT agar Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja sentiasa diberikan kesihatan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan semoga Baginda terus memberi sokongan kepada kaum wanita di negara ini khususnya MWNBD.

    Turut hadir ke majlis itu ialah Naib Yang Di-Pertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam bin Pengiran Haji Matarsat, Naib Yang Di-Pertua II, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali serta Naib Yang Di-Pertua III, Yang Di-Pertua PENJURU dan ahli-ahli Lembaga Tadbir MWNBD, timbalan ketua pesuruhjaya, pengarah daripada 13 buah persatuan yang bergabung dalam MWNBD serta jemputan khas.

    Antara yang menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin.
    Datin Hajah Siti Hajar semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...