Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Majlis konvokesyen rai 151 mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Seramai 151 orang mualaf telah menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Program Mualaf Mantap dan Penyerahan Sijil Tamat Skim Bimbingan Mualaf bagi Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Daripada jumlah berkenaan, seramai 37 orang adalah belia mualaf yang mengikuti dan menamatkan Program Mualaf Mantap manakala 114 orang lagi telah menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan II pada tahun ini dari keempat-empat daerah.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sijil ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Yang Berhormat Pehin dalam ucapannya melahirkan harapan agar para peserta mendapat faedah berharga daripada program-program yang diikuti.

    Beliau menekankan, para peserta hendaklah meningkatkan ilmu dan amalan beragama Islam secara yang difahami, diikuti dan diamalkan di negara ini termasuklah sentiasa memelihara keharmonian hidup berkeluarga dan berjiran tetangga sesama mereka yang berlainan pegangan agama.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil kepada para mualaf yang diraikan pada majlis konvokesyen yang julung kalinya diadakan.

    Antara mualaf yang menerima sijil pada majlis berkenaan.

    Dengan cara itu, tambah Yang Berhormat Pehin, mereka yang berlainan agama akan sama menghormati kerasmian Islam sebagai agama negara.

    Sebelum penyampaian sijil dan anugerah peserta terbaik kepada para peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah, tenaga pengajar, fasilitator halaqah dan penaja, majlis turut menyaksikan tayangan video pendek Program Mualaf Mantap dan Skim Bimbingan Mualaf.

    Acara turut diserikan dengan persembahan lagu Skim Bimbingan Mualaf bertajuk Insan Rabbani.

    Majlis yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf bagi Skim Bimbingan Mualaf dan Urus Setia Program Keugamaan Belia bagi Program Mualaf Mantap dengan tujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para mualaf yang telah menamatkan program dan skim berkenaan.

    Di samping itu, majlis juga menghargai potensi dan komitmen para peserta yang mengikuti program bimbingan yang telah disediakan.

    Dengan adanya majlis seumpama itu diharap akan dapat membina keyakinan para peserta untuk sentiasa mempelajari dan mengamalkan ilmu agama Islam selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta mualaf dari keempat-empat daerah.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Basar dan Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku pengerusi majlis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...