Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Cuaca dijangka aktif akibat Nesat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Cuaca di negara ini akan menjadi aktif dalam masa beberapa hari akan datang sehingga 23 Oktober ini kerana dipengaruhi secara tidak langsung oleh Taufan Nesat.

    Taufan tersebut dikesan pada koordinat 18.018.0°N 112.7°E, di kawasan Laut China Selatan iaitu sekitar 1,500 kilometer dari Brunei namun ia diramalkan menjauhi negara ini, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi hari ini.

    Dengan Brunei masih dalam fasa peralihan monsun, Nesat akan membawa hujan atau hujan berpetir sekali-sekala dengan kelajuan angin akan mencapai 45 kilometer sejam (kmsj) semasa atau dekat hujan lebat.

    Manakala di perairan Brunei pula, keadaan laut sedikit berombak sehingga ke tahap sederhana di paras 0.8 meter (m) sehingga 1.8m.

    Sehubungan itu, BDMD menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah awal kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

    Terdapat risiko berlaku banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

    Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Pihak BDMD akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...