Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Malam Munajat terus diadakan secara maya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Malam Munajat masih diteruskan secara maya bagi meningkatkan usaha-usaha kerohanian menangani dan membendung wabak COVID, meskipun kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sudah diumumkan.

    Pada Malam Munajat minggu ke-53 kelmarin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan turut menyertainya.

    Pada minggu ini, ia diungkayahkan dengan kerjasama ahli jawatankuasa takmir masjid dan jemaah dari 92 buah masjid, termasuk surau dan balai ibadat di seluruh negara.

    Ia diserikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Penaung Bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung (Kg) Tanah Jambu, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.

    Selain itu, bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Pelambayan, Haji Mohd Ali Taufiq bin Haji Abdul Rahman, diikuti Doa Munajat dan tazkirah bertajuk ‘Menjelang Rabiulawal’ disampaikan oleh da’ie bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Ahmad Muzaffar bin Haji Marsidi dari Masjid Ash-Shaliheen.

    Turut menyertai Malam Munajat itu ialah Kumpulan Belia Masjid Kg Perpindahan Mata-mata Gadong yang mengetuai bacaan Selawat Ibrahimiyyah.

    Malam Munajat diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid Kg Tanah Jambu, Awang Muhammad Saifullah bin Haji Rosli.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Malam Munajat secara maya. – Gambar serahan Kementerian Hal Ehwal Ugama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...