Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Malaysia bida kerusi Majlis ITU

    KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Malaysia berhasrat membida kerusi dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk Wilayah E – Asia dan Australasia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

    Beliau berkata Malaysia menggambarkan ITU peka terhadap keperluan pembangunan anggotanya serta responsif dalam menghasilkan strategi dan pelan tindakan yang sesuai dengan tujuan.

    “Kami akan menjadi inovatif dalam menawarkan penyelesaian bagi menangani cabaran masa depan dihadapi oleh keahlian dalam sektor dinamik dan cepat berubah ini. Justeru, kami perlukan sokongan anda,” katanya semasa ucaptama menerusi telesidang sempena Forum Dasar dan Kawal Selia Telekomuniti Asia Pasifik (PRF) berlangsung di Bangkok Thailand, semalam.

    Di samping itu, beliau berkata Malaysia merancang mengguna pakai strategi digital sejak lahir dan perkomputeran awan untuk mempercepatkan transformasi digital sektor awam. 

    Zahidi berkata usaha itu dijangka meningkatkan 80 peratus penggunaan storan awan dalam kerajaan yang akan membolehkan penggunaan Big Data, kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), dan teknologi baharu muncul lain.

    “Malaysia juga akan menambah baik infrastruktur ekosistem kesalinghubungan dan tulang belakang negara untuk menarik penubuhan pusat data, pusat pertukaran internet dan perniagaan sambungan antarabangsa ke negara ini,” katanya. – Bernama

    Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Ekonomi Padang Besar (YEPB) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) pada 19 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...