Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Malaysia raih kemenangan kedua, kalahkan Latvia 5-0

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Malaysia meneruskan rentak cemerlang selepas meraih kemenangan kedua menewaskan Latvia 5-0 dalam saingan Kumpulan A Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2022 di Sepanyol, hari ini.

    Skuad remaja Malaysia meraih mata pertama menerusi beregu campuran Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen yang mengecewakan Rihards Zugs-Arina Babre 21-12, 21-8 dalam perlawanan di Paalcio de Deportes de Santander.

    Pemain perseorangan lelaki Justin Hoh meraih kemenangan mudah ke atas Toms Salam 21-4, 21-3 untuk mata kedua diikuti perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman yang menyumbang mata ketiga dengan kemenangan 21-10, 21-8 ke atas Anna Kupca.

    Gandingan Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean melebarkan mata buat skuad Malaysia selepas menundukkan beregu lelaki Latvia, Edzus Meirans-Rihards Zugs 21-11, 21-7 sebelum beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting melengkapkan kemenangan menewaskan Arina Babre-Anna Kupca 21-4, 21-8.

    Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Indonesia mudah mengalahkan Sweden 5-0. Malaysia yang memulakan kempen dalam saingan Kumpulan A menewaskan Sweden 5-0 semalam, akan berdepan Indonesia esok, bagi merebut slot ke suku akhir.

    Sebanyak 38 buah negara diundi dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu.

    Setiap juara kumpulan akan mara ke suku akhir manakala naib juara pula berentap dalam penentuan tempat 9-16, tempat ketiga akan bersaing merebut tempat 17-24 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan menentukan kedudukan 24-32 dan 33-38. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...