Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Marcos Jr tolak cabaran berdebat

    MANILA, 29 APRIL – Pendahulu pilihan raya presiden Filipina, Ferdinand Marcos Junior hari ini menolak cabaran untuk berdebat bersemuka dengan pesaingnya, Leni Robredo, ketika negara itu memasuki minggu terakhir kempen sebelum pilihan raya pada 9 Mei.

    Marcos Jr menolak jemputan untuk menyertai debat bersama pesaingnya, jarang memberikan temu bual media dan sering mengabaikan soalan daripada wartawan semasa perhimpunan.

    Dia dilihat ingin mengelak kejadian berulang semasa perlumbaan bagi jawatan naib presiden pada 2016, apabila dia dihujani soalan berkaitan pemerintahan ayahnya yang kejam dan korup.

    Marcos Jr tewas tipis dalam persaingan kepada Robredo dan menghabiskan masa selama lima tahun cuba membatalkan keputusan itu.

    Dalam kempen kali ini, Marcos Jr merupakan satu-satunya calon daripada 10 yang berharap dapat menggantikan Presiden Rodrigo Duterte dan menolak dua perdebatan yang disiarkan di televisyen anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya kerajaan.

    Gambar menunjukkan penyokong Leni Robredo berhimpun di Bandar Pasay, Filipina. Robredo menjemput Marcos Jr untuk menghadiri sesi debat namun ditolak oleh calon presiden tersebut atas beberapa alasan tidak dinyatakan.- AP

    Dia juga enggan menghadiri debat yang dihoskan oleh CNN Filipina.

    “Saya ingin menjemput Bongbong Marcos untuk berdebat, untuk membe-rikan rakyat Filipina peluang untuk bersemuka dengannya dan bertanyakan soalan, khususnya mengenai banyak kontroversi yang meyelubunginya,” menurut kenyataan dari Robredo hari ini, menggunakan nama timangan Marcos Jr.

    “Kami berhutang kepada rakyat dan negara. Jika dia bersetuju, bila-bila masa dan di mana sahaja, saya akan berada di sana.”

    Jurucakap Marcos Jr, Vic Rodriguez berkata ‘perdebatan tidak akan diadakan atas beberapa sebab,’ tanpa menerangkan lebih lanjut.

    “Kami bercakap secara langsung kepada orang ramai dalam menyampaikan mesej perpaduan kami,” kata Rodriguez, menuduh pihak pembangkang sebagai ‘negatif, penuh tipu helah dan suka mengkritik’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...