Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Marseille naik tangga kedua selepas tewaskan Lens 2-0

    PARIS, 23 JAN – Marseille telah memenangi lima perlawanan berturut-turut kepada tuan rumah untuk meletakkan mereka di tempat kedua dalam Ligue 1 dengan kemenangan 2-0 menentang Lens kelmarin, apabila kelab baharu Hatem Ben Arfa, Lille telah tewas 2-0 di Brest.

    Kekasaran Facundo Medina kepada Matteo Guendouzi telah memberikan sepakan penalti yang mana Dimitri Payet berjaya menjaringkan gol pada sebelah sudut kanan atas gawang.

    Kedua-dua pasukan mempunyai peluang mereka untuk menambah jaringan tetapi pemain penampilan pertama, Cedric Bakambu berhasil mendapatkan mata untuk Marseille pada minit ke-76, merampas bola daripada Guendouzi dan menjaringkan ke gawang tuan rumah.

    “Saya gembira, kami mempunyai tiga mata,” kata Bakambu, yang menandatangani kontrak dari Beijing Guoan minggu lalu, memberitahu kepada Canal+.

    “Kami mempunyai pertaha-nan yang bagus, kami juga bagus mengendali bola, untuk penyerang, mudah untuk mencari ruang dan menjadi penentu.”

    Marseille sekarang mendahului satu mata di hadapan pasukan tempat ketiga, Nice dan 10 mata di belakang pendahulu, Paris Saint-Germain, yang telah menerima kunjungan Reims pada hari ini. Nice akan kembali ke tempat kedua jika mereka menang di Metz.

    Bekas pemain Perancis antarabangsa, Hatem Ben Arfa telah membuat penampilan pertama untuk Lille, adalah kelab profesionalnya yang ke-10, tetapi pemain berusia 34 tahun itu tidak dapat menghalang juara liga itu daripada kekalahan 2-0 ke atas Brest, kekalahan pertama mereka sejak Oktober lalu.

    Ben Arfa, yang tidak bermain sejak Mei lalu, telah diturunkan pada minit ke-76 sebagai pemain gantian untuk mengganti Burak Yilmaz ketika Lille ketinggalan 1-0 berikutan gol sendiri oleh Tiago Djalo pada minit ketiga. – AFP

    Aksi Cedric Bakambu menjaringkan gol kedua semasa perlawanan Liga Satu Perancis antara Lens dan Marseille di stadium Bollaert di Lens, 22 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...