Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Adele kecewa batal konsert saat akhir

    Penyanyi terkenal Adele kecewa apabila terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan berlangsung di Vegas Residency pada 21 Januari pada saat-saat akhir.

    Adele, 33, yang memaklumkan pembatalan tersebut menerusi satu video di laman Instagram miliknya tidak dapat menahan air mata kerana persembahan tersebut tidak dapat diteruskan berikutan separuh daripada kru dan pasukannya dijangkiti COVID-19.

    “Saya betul-betul mohon maaf. Pihak kami sudah mencuba segala yang termampu untuk mengadakan persembahan seperti yang dirancang, namun ia tidak dapat diteruskan.

    “Separuh daripada kru dan pasukan saya diajangkiti COVID-19 dan mereka belum sembuh. Adalah mustahil untuk mengadakan persembahan itu esok,” ujar Adele dalam nada kecewa.

    Penyanyi Easy on Me itu juga mengakui berasa sangat terkilan dan malu kepada para peminat yang sudah bersedia untuk hadir ke persembahan tersebut.

    “Saya sangat kesal dan malu kepada mereka yang sudah bersiap untuk menonton persembahan itu. Saya benar-benar minta maaf.

    “Pihak kami akan menjadualkan semula semua tarikh persembahan. Saya akan cuba selesaikan persembahan dan akan buat apa yang sepatutnya,” katanya. – Agensi

    Adele kecewa apabila terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan berlangsung di Vegas Residency pada 21 Januari pada saat-saat akhir. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...