Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Masya dikecam warganet

    Nama penyanyi, Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan warganet apabila fesyen terkini yang digayakan olehnya dikatakan tidak sesuai untuk gadis berhijab.

    Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, menerima kecaman apabila tampil dengan seluar pendek yang dipadankan bersama legging putih sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

    Menerusi Instagram, Masya memuat naik foto dirinya mengenakan pakaian berkonsepkan denim berlatar belakangkan bandar Tokyo.

    “Teruskan berjalan. Pergi melihat semua kehidupan di dunia. Belajar, berkembang dan teroka,” tulisnya.

    Menjengah ruangan kapsyen, rata-rata peminat tidak senang melihat penampilan itu dan menegur Masya untuk mengenakan pakaian lebih sopan sesuai dengan imej bertudung.

    “Cantik baju tu. Macam Kpop… tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat. Harap baiki lagi penampilan.

    “Rindu pakaian awak yang dulu. Tak mengapalah semoga terus istiqamah ya.

    “Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi. Awak tu berhijab dik. Baju dah elok longgar dan berlengan panjang tapi skirt tu yang tak elok,” tulis warganet.

    Sebelum ini, Masya sering ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dilihat kurang sesuai untuk muslimah.

    Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar pada 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011. – Agensi

    Penampilan Masya sering mendapat perhatian warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...