Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Matthew Wolff sertai Siri Golf LIV

    WASHINGTON, 27 JUN – Pemain nombor ke-77 dunia, Matthew Wolff, 23, warga Amerika Syarikat, adalah pemain yang terbaharu meninggalkan Jelajah PGA AS untuk menyertai Siri Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi, menurut beberapa laporan yang dikeluarkan kelmarin.

    Saluran Golf dan ESPN melaporkan bahawa Wolff menyertai pasukan yang akan berlepas untuk memulakan siri kejohanan tersebut, di mana acara keduanya akan bermula Khamis ini di Portland, Oregon. Wolff, memenangi satu-satunya kejohanan PGA AS pada Terbuka 3M 2019 di Minneapolis ketika jelajah ketiganya baru bermula, menjadi naib juara dalam Terbuka AS 2020 dan berkongsi tempat keempat dalam Kejohanan PGA 2020, dengan keputusan dicatat dalam setiap penampilan sulungnya.

    Sementara itu, Wolff merebut tempat naib juara pada Oktober lalu di Terbuka Shriner Children di Las Vegas dan berkongsi tempat ke-40 dalam acara PGA Travelers Championship. Menurut laporan yang dikeluarkan, Wolff akan menjadi salah seorang daripada pemain yang akan bertanding di Pumpkin Ridge di Oregon. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...