Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mavericks sekat kemenangan Nets

    LOS ANGELES, 17 MAC – Spencer Dinwiddie menjaringkan tiga mata sekali gus ketika Dallas Mavericks melancarkan kepulangan untuk menamatkan siri kemenangan empat perlawanan Brooklyn Nets semalam.

    Jaringan kemenangan Dinwiddie dari jarak 25 kaki mengakhiri saingan di Brooklyn yang telah dikuasai oleh perta-rungan di antara bintang Nets Durant dan pemain Maverick Luka Doncic.

    Durant nampaknya telah memimpin Nets meraih kemenangan dengan perlawanan berbaki 10 saat selepas membenam tiga lontaran dari jarak 27 kaki untuk menempatkan Brooklyn di depan 111-110, sejurus selepas lompatan Doncic memberikan Dallas margin tipis 110-108.

    Namun dengan permainan terakhir dalam perlawanan, Doncic melakukan hantaran kepada Dinwiddie di hujung lengkung dan pengawal itu tidak membuat kesilapan dengan membenam tiga lontaran untuk kemenangan 113-111.

    Ia mengakhiri persembahan suku keempat yang mengagumkan dari Dinwiddie, yang menjaringkan 15 daripada 22 mata dalam tempoh terakhir.

    Aksi Kevin Durant membawa bola melepasi Maxi Kleber dalam perlawanan antara Brooklyn Nets dan Dallas Mavericks di Pusat Barclays pada 16 Mac 2022 di Bandar New York. – AFP

    Dinwiddie, yang menyertai Dallas dalam satu pertukaran daripada Washington Wizards pada bulan lalu, menegaskan Doncic, yang berakhir dengan 37 mata dengan sembilan rebounds dan sembilan assists, harus menerima pujian.

    “Luka yang mempamerkan aksi istimewa dan bukannya saya dalam perlawanan itu,” kata Dinwiddie.

    Brooklyn nampaknya telah mengambil peluang selepas mendahului 91-79 pada akhir suku ketiga di depan 17,981 penonton di arena Pusat Barclay di Brooklyn.

    Namun jaringan saat-saat terakhir Dinwiddie membantu Maverick mengatasi pasukan tuan rumah 34-20 dalam tempoh terakhir untuk mengesahkan kemenangan.

    Durant memimpin jaringan Nets dengan 23 mata, sementara Goran Dragic menambah 21. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...