Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Maya dilamun cinta dengan jejaka Perancis

    Aktres Maya Karin, 43, mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka kacukan Perancis berusia awal 40-an.

    Bagaimanapun, Maya belum bersedia berkongsi lanjut identiti jejaka berkenaan, meskipun dilihat duduk bersebelahan di majlis pelancaran produk minyak wangi di Pusat Dagangan Dunia, WTC, baru-baru ini.

    Maya berkata, kehadiran jejaka itu ke majlisnya tidak membuktikan hubungan istimewa, namun menghargai usaha dan sokongannya.

    Mengenali jejaka itu sejak tahun lalu, Maya berkata, perkenalan masih pada tahap awal dan belum boleh digelar sebagai kekasih.

    Bertanya harapan ke peringkat lebih serius memandangkan sudah 13 tahun tiada teman hidup, Maya berkata, dia memilih menyerahkan semuanya kepada jodoh.

    Maya Karin akui sedang rapat dengan jejaka kacukan Perancis. – Agensi

    Tambah Maya, dia juga mahu mencari lelaki yang gemar mengembara dan bersikap lasak seperti dirinya.

    Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah pada 2008, namun perkahwinan berakhir dua tahun kemudiannya.

    Maya berkongsi hubungannya bersama jejaka Perancis itu selepas berakhirnya majlis pelancaran produk pertama minyak wanginya.

    Mengulas lanjut mengenai produk wangian, Maya berkata, mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri adalah impiannya sejak dahulu lagi.

    “Sebenarnya, saya dilamar mengeluarkan minyak wangi sejak sembilan tahun lalu.

    “Tetapi, saya dan rakan kongsi perlahan-lahan mulakan projek ini sejak tiga tahun lalu.

    “Jujurnya, saya memang sukakan wangian sejak remaja lagi. Saya sukakan kenangan yang hadir bersama wangian.

    “Jadi, saya tidak mahu hanya menjual wangian, tetapi juga kenangan dan pengalaman. Disebabkan itu, saya menghasilkan ia dalam kotak yang cantik boleh diberikan sebagai hadiah,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...