Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Media HK ditutup selepas diserbu polis

    HONG KONG, 29 DIS – Cawangan media prodemokrasi Hong Kong, Stand News mengatakan ia akan menutup pejabatnya selepas polis menyerbu dan menahan tujuh pekerja dan bekas kakitangannya, dalam tamparan terbaharu kebebasan media di bandar itu.

    Pada pagi hari ini, pegawai polis menyerbu masuk ke pejabat Stand News, merampas telefon, komputer, dokumen dan ribuan dolar wang tunai, sementara menahan pemangku ketua penyunting di ibu pejabatnya.

    “Disebabkan situasi semasa, Stand News akan menghentikan operasi serta-merta,” kata cawangan itu dalam kenyataan di Facebook. Stand News berkata laman web dan media sosialnya tidak lagi akan dikemas kini dan akan dibubarkan tidak lama lagi.

    Tambahnya lagi, pemangku ketua penyunting, Patrick Lam, antara yang ditangkap, telah meletak jawatan manakala kakitangannya dipecat. – AFP

    Media berkumpul di luar pejabat Stand News di Hong Kong pada 29 Disember selepas polis menyerbu pejabat cawangan media tempatan itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...