Saturday, December 2, 2023
23.4 C
Brunei

    -

    Melayang $7,600

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Seorang penduduk tetap berusia 33 tahun yang memiliki rokok seludup, telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $7,600 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

    Majistret Syafiq bin Haji Zakaria memerintahkan Muhammad Zulwafiy bin Ahad untuk menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan jika gagal membayar denda tersebut, selepas dia mengaku bersalah memiliki sembilan karton dan empat peket rokok.

    Pendakwa kastam memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam telah memeriksa rumah defendan di Kampung Perpindahan Serasa, Muara pada 27 Julai.

    Mahkamah juga mengarahkan agar kesemua rokok yang dirampas untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    7 mangsa pesawat Osprey belum ditemui

    TOKYO, 1 DIS – Pihak pengawal pantai Jepun hari ini menyusuri dasar laut untuk mencari serpihan pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat (AS) yang terhempas...