Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mental, fizikal kental ramuan Mohamad Aniq rangkul emas

    KUALA LUMPUR, 2 OGOS – Tanpa semangat yang kental tidak mungkin badang Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan berjaya mencipta kejutan menghadiahkan pingat emas sulung Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England baru-baru ini.

    Sebelum berlepas meninggalkan Malaysia ke Birmingham, Mohamad Aniq berkata beliau sebenarnya hanya meletakkan sasaran perak memandangkan pertama kali membuat penampilan di temasya berprestij itu selain menyedari dirinya tidak menjadi sandaran utama menyumbang emas.

    “Memang pada mulanya hanya sasar pingat perak namun setibanya di Birmingham, saya cakap dengan diri sendiri untuk kena kuatkan mental dan fizikal supaya dapat bawa pulang pingat emas dan bukan pingat lain. 

    “Skuad negara datang seminggu lebih awal di sini jadi kami dapat berlatih di ‘warm up area’ bersama dengan atlet negara lain. Situasinya lebih tegang sebab sudah berada dalam ‘mood’ bertarung mewakili negara masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

    Selain itu, atlet kelahiran Segamat, Johor itu berterima kasih kepada jurulatihnya Yon Haryono yang juga bekas atlet angkat berat Indonesia kerana sentiasa memberikan motivasi dan menenangkan dirinya.

    Berkongsi pengalaman di Birmingham, Mohamad Aniq berkata beliau sedikit gementar sebelum memulakan saingan, namun apabila terbayang keluarga di kampung membuatkan beliau bersemangat untuk mengerahkan segala tenaga seterusnya berjaya mencipta rekod baharu temasya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...