Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Menteri dalam negeri terima kunjungan muhibah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, HI(M) telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada 23 Mei lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam, di sini, mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Pakistan semasa kunjungan berkenaan ialah Timbalan Ketua Misi, Ghulam Haider.

    Semasa perjumpaan berkenaan, perkara-perkara yang berkepentingan bersama telah dibincangkan dengan bidang-bidang bagi kerjasama dua hala yang bermanfaat bagi kedua-dua buah negara bersaudara berkenaan telah dikenal pasti untuk ditingkatkan lagi kerjasama bersama.

    Ia dipercayai bahawa kolaborasi berkenaan akan meningkatkan hubungan antara warga, perdagangan dan pelancongan kedua-dua buah negara.

    Yang Berhormat Dato semasa perjumpaan itu menghargai sikap cemerlang komuniti Pakistan yang merangkumi golongan profesional dan usahawan yang menetap di Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin (kanan) ketika menerima kunjung muhibah daripada TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani pada 23 Mei lalu. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...