Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Menteri G7 bincang krisis Ukraine

    BERLIN, 16 FEB – Menteri luar negara Kumpulan Tujuh akan mengadakan rundingan mengenai krisis Ukraine di Munich pada Sabtu ini, kata jurucakap kementerian luar Jerman hari ini.

    Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock akan menganjurkan rundingan mengenai isu sampingan Persidangan Keselamatan Munich, kata jurucakap, menambah mereka akan ‘menumpu pada krisis yang telah timbul disebabkan penghantaran tentera Rusia berhampiran Ukraine.’

    Masalah lebih kecil mengenai isu tersebut juga dijangka dibincang di antara Perancis, Jerman dan Ukraine, serta Perancis, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat.

    Rundingan itu, termasuk lawatan Canselor Olaf Scholz ke Kyiv dan Moscow pada minggu ini, ‘akan diselaras dan membentuk sebahagian daripada dialog yang telah dilancarkan oleh sekutu Barat sejak minggu lalu’ dan bertujuan meredakan ketegangan berhubung penghantaran tentera Rusia.

    Scholz dan Baerbock dijangka menyampaikan ucapan pada Persidangan Keselamatan Munich, yang juga akan dihadiri oleh Naib Presiden Kamala Harris dan Setiausaha Negara Antony Blinken. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...