Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, kelmarin, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Syarikat Nozoly di Arab Saudi, Dato Jameel Sulaiman Bondagjy yang berlangsung di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Pengarah Urusan Haji KHEU, Haji Abdullah bin Haji Mohammad.

    Dato Jameel Sulaiman Bondagjy mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam untuk menjelaskan mengenai pembaharuan-pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh Syarikat Rawaf Mina bersama Syarikat Nozoly pada musim Haji nanti seperti penyediaan sofa dan ruang penyimpanan barang dalam khemah-khemah jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Arafah dan Mina.

    Selain itu, beliau turut mengongsikan cabaran-cabaran dan perubahan yang bakal dihadapi pada musim haji akan datang ini dan seterusnya meyakinkan KHEU bahawa Syarikat Rawaf Mina dan Nozoly akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada musim haji nanti.

    Syarikat Nozoly telah lama menjalin kerjasama dengan Jabatan Urusan Haji, KHEU selaku penyedia kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan haji di Masyair (Arafah dan Mina).

    Disebabkan perubahan sistem pengurusan dan penyediaan perkhidmatan haji di Arab Saudi, pada 2024, Syarikat Nozoly bergabung dengan Syarikat Rawaf Mina, iaitu syarikat penyedia perkhidmatan haji yang dipilih oleh KHEU untuk menyediakan perkhidmatan haji bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Madinah, Makkah dan Masyair (Arafah dan Mina) bagi musim haji tahun 1445H /2024M.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengadakan perbincangan dengan Dato Jameel Sulaiman Bondagjy. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bergambar ramai dengan Dato Jameel Sulaiman Bondagjy semasa kunjungan hormat di Bangunan KHEU. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...