Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Menteri Luar Rusia lawat Mesir

    KAHERAH, 24 JULAI – Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berada di Kaherah untuk rundingan dengan pegawai Mesir hari ini ketika negaranya berusaha menangani pemulauan dan sekatan diplomatik yang dikenakan oleh negara Barat berhubung serangannya ke atas Ukraine.

    Lavrov mendarat di Kaherah semalam, peringkat pertama lawatannya ke benua Afrika yang juga termasuk persinggahan di Etiopia, Uganda dan Republik Demokratik Congo, menurut media kendalian kerajaan Rusia RT.

    Kementerian Luar Mesir berkata Menteri Luar Sameh Shoukry mengadakan rundingan dengan Lavrov pada pagi ini.

    Ketua diplomat Rusia itu dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit pada hari ini. Beliau juga menyampaikan ucapan kepada wakil tetap pertubuhan seluruh Arab, lapor RT.

    Perang Rusia di Ukraine telah menjejas teruk ekonomi dunia, mendorong harga minyak dan gas naik ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Namun dalam satu artikel yang disiar di laman web Kementerian Luar Rusia, Lavrov menolak tuduhan Barat mengatakan Rusia bertanggungjawab atas krisis makanan global, sebagai ‘satu lagi percubaan kuasa Barat untuk mengalih tuduhan kepada negara lain’.

    ”Kami tahu rakan Afrika tidak bersetuju dengan percubaan Amerika Syarikat dan sekutu Eropah mereka untuk menguasai keadaan dan mengenakan perintah dunia ekakutub kepada komuniti antarabangsa,” tulis beliau dalam artikel itu, yang juga disiarkan dalam empat akhbar Afrika.

    Lawatan Lavrov ke Kaherah diadakan ketika syarikat tenaga nuklear milik Rusia, Rosatom, memulakan pembinaan loji tenaga empat reaktor di Mesir pada minggu lalu. – AP

    Gambar serahan Perkhidmatan Media Kementerian Luar Rusia menunjukkan Sergey Lavrov (kiri) dan Sameh Shoukry bergambar sebelum rundingan mereka di Kaherah, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...