Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bersatu padu bangunkan negara

    Oleh Nurdiyanah R. & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Setiap rakyat dan penduduk di negara ini semestinya memiliki peranan dan tanggungjawab yang perlu ditanai dalam sama-sama membangun dan memajukan serta menjayakan matlamat Negara Brunei Darussalam.

    Pastinya, apa jua kemajuan tidak akan dapat dicapai jika hanya dilakukan secara persendirian, tetapi penglibatan secara bersatu padu mampu membangun negara ke arah yang lebih maju.

    Perkara itu ditekankan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA), Haji Johari bin Abdul Rahman semasa ditemui Media Permata semasa Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, di ibu negara, hari ini.

    “Adalah menjadi salah satu peranan persatuan ini untuk menyalurkan bantuan sedaya upaya dalam kalangan pegawai-pegawai polis terutamanya yang sudah bersara antaranya pemberian sumbangan berupa kelengkapan keperluan kerusi roda khas bagi insan-insan yang kurang upaya dan begitu juga sumbangan barangan asasi termasuk kewangan kepada mereka yang memerlukan menerusi kunjungan langsung ke rumah-rumah mereka di keempat-empat daerah,” tambahnya.

    Dalam pada itu, beliau turut mengongsikan bahawa persatuan yang pada masa ini terdiri daripada lebih 100 orang ahli turut menerima sokongan daripada persatuan-persatuan swasta lain demi sama-sama menjalankan kegiatan tanggungjawab sosial sebegini dari semasa ke semasa.

    Di samping itu, Haji Johari begitu mengharapkan penglibatan POLSARA wanita untuk sama-sama memanfaatkan pengalaman dan kemahiran yang ada dalam merealisasikan matlamat persatuan tersebut.

    Peranan golongan wanita dalam sama-sama memajukan perekonomian tanah air
    dalam pelbagai jenis produk dan perkhidmatan turut diketengahkan oleh Majlis Perniagaan Wanita Negara Brunei Darussalam sejak penubuhannya pada 2000 lagi.

    Sehubungan itu, ketua penyelaras bagi majlis berkenaan, Hajah Hammah binti Puasa berkata bahawa menjadi peranan utama mereka dalam menggabungkan peniaga-peniaga kaum hawa di negara ini tidak kira dalam mengetengahkan produk makanan dan minuman, kraf tangan, pakaian dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi sumber pendapatan ahli-ahli dalam kehidupan sehari-hari yang mana lebih 100 orang ahli telah berdaftar secara keseluruhannya.

    Haji Johari bergambar ramai bersama ahli-ahli POLSARA yang menyertai Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Brunei dan Muara di ibu negara, kelmarin.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...