Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pera kejutkan Kontaveit pada aksi final

    HAMBURG, 24 JULAI – Pemain asal Amerika Syarikat (AS), Bernarda Pera mengejutkan pemain pilihan utama, Anett Kontaveit dengan keputusan 6-2, 6-4 untuk memenangi Terbuka Hamburg Eropah untuk meraih gelaran keduanya dalam masa seminggu.

    Pera yang menduduki ranking ke-81 dunia, yang memenangi gelaran WTA pertama di Budapest minggu lalu, menyelamatkan tiga daripada empat break point dan melakukan empat daripada enam break point yang dihasilkannya untuk menewaskan Kontaveit, yang merupakan pemain ranking dua dunia.

    Ia adalah kemenangan ke-12 berturut-turut dicatat oleh Pera sejak pusingan kelayakan di Budapest selepas tewas dalam lima perlawanan terdahulu.

    Kontaveit bermain dalam aksi final ke-16 dalam kariernya dan yang pertama sejak Februari di Doha. Dia sedang memburu gelaran perseorangan ketujuh dalam pertemuan final menentang Pera.

    Akan tetapi Pera berjaya menebus kekalahan kepada Kontaveit dalam satu-satunya pertemuan terdahulu pada Jun di pusingan pertama Wimbledon.

    Sementara itu, pemain pilihan utama lelaki, Carlos Alcaraz dan Lorenzo Musetti berjaya menempah aksi final lelaki selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir lewat kelmarin.

    Alcaraz, pemain remaja berusia 19 tahun, berjaya menewaskan lawannya Alex Molcan dengan keputusan 7-6 (2), 6-1, sementara Musetti, 20, telah menundukkan pesaingnya dari Argentina, Francisco Cerundolo 6-3. 7-6 (3).

    Alcaraz menyasarkan untuk memperbaiki rekod 5-0 dalam aksi final dan boleh memenangi gelaran kelima pada tahun ini selepas kemenangan di Madrid, Barcelona, Miami dan Rio de Janeiro.

    Musetti juga memburu kemenangan sulung dalam perlawanan akhir hari ini.- AP

    Reaksi Pera dan Kontaveit merangkul trofi masing-masing selepas perlawanan akhir Terbuka Hamburg Eropah, baru-baru ini.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...