Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menteri Luar Rusia tiba di Myanmar

    BANGKOK, 3 OGOS – Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Myanmar kelmarin bagi lawatan rasmi yang akan menyaksikan perbincangan dengan junta mengenai hal ehwal keselamatan dan ekonomi, lapor agensi berita Rusia TASS.

    Rusia merupakan penyokong utama junta Myanmar yang berjaya menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi bulan Februari tahun lalu.

    “Kami menyokong usaha junta dan kerajaan untuk memulihkan dan menstabilkan situasi di Myanmar,” kata Lavrov ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin, lapor Sputnik.

    Rusia berharap pilihan raya umum Myanmar, yang dijadualkan diadakan tahun depan, akan membantu negara itu menjadi lebih kuat, cekap dan makmur.

    Negara barat telah memulaukan kepimpinan junta dan mengenakan sekatan politik dan ekonomi disebabkan oleh tindakan mereka yang menindas keganasan pihak pembangkang

    Lawatan Lavrov ke Myanmar adalah kali pertama sebelum menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN yang akan dipengerusikan oleh Kemboja minggu ini.

    Kegagalan pemimpin junta Myanmar dalam usaha mengembalikan keamanan dan demokrasi di negara tersebut antara agenda mesyuarat ASEAN minggu ini.

    Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova bercakap kedua-dua pihak akan membincangkan prospek keseluruhan kompleks hubungan Rusia-Myanmar: dialog politik, perdagangan dan kerjasama ekonomi, pertahanan dan sekuriti, dan hubungan kemanusiaan.

    Pasukan tentera juga bertindak menahan pegawai kerajaan serta menuduh mereka melakukan penipuan dalam pilihan raya umum lalu membentuk pentadbiran baharu sehingga mencetuskan protes besar-besaran dan kekacauan di negara itu. – AP/Bernama

    Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Lavrov ketika berdiri di hadapan makam Ho Chi Minh di Hanoi, Vietnam pada 6 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...