Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mercedes bina rangkaian pengecasan kenderaan elektrik sendiri

    LAS VEGAS, 6 JAN – Mercedes-Benz berkata ia akan menubuhkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik sendiri di seluruh dunia bermula di Amerika Utara dalam tawaran untuk bersaing dengan pemimpin jualan EV, Tesla.

    Pembuat kereta mewah Jerman itu semasa pameran CES di Las Vegas pada Khamis, menekankan bahawa ia akan mula membina rangkaian pengecasan di Amerika Utara tahun ini dengan jumlah lebih 1 bilion euro (AS$1.05 bilion).

    Apabila siap dalam masa enam atau tujuh tahun, rangkaian itu akan mempunyai lebih 400 stesen dengan lebih 2,500 palam berkuasa tinggi.

    Sistem di Eropah dan China dan pasaran lain akan menyusul, apabila telah sempurna rangkaian penuh menjelang akhir dekad, ketika syarikat itu berhasrat untuk menjual semua kenderaan elektrik bergantung pada keadaan pasaran.

    Jumlah rangkaian penuh itu akan mempunyai lebih daripada 2,000 stesen pengecasan dan lebih 10,000 palam di seluruh dunia, Ola Kallenius, lembaga pengerusi pengurusan Mercedes-Benz, memberitahu wartawan.

    Hab pengecasan kenderaan elektrik ChargePoint (tengah) dipamerkan di petak Mercedes-Benz semasa pameran teknologi CES, 5 Januari, di Las Vegas. – AP

    Syarikat itu berkata rangkaian berjenama Mercedes akan terbuka kepada pemilik semua kenderaan elektrik, tetapi pemilik Mercedes akan dapat menjimatkan port pengecasan dan mendapat keutamaan berbanding jenama lain.

    Langkah itu akan membantu syarikat berkenaan bersaing dengan Tesla, yang menyatakan dalam laman sesawangnya bahawa ia mempunyai 40,000 port pengecasan di seluruh dunia.

    Rangkaian Tesla kebanyakannya adalah untuk kegunaan eksklusif pemilik Tesla, walaupun CEO Elon Musk berkata terdapat rancangan untuk membukakannya kepada jenama lain.

    Rangkaian itu memberikan Tesla kelebihan daya saing berbanding jenama EV lain, yang perlu bergantung pada ciptaan rangkaian stesen pengecas sendiri.

    Setiap stesen Mercedes akan mempunyai empat hingga 12 port dengan kuasa pengecasan sehingga 350 kilowatt.

    Mercedes akan berkongsi rata kos rangkaian Amerika Utara dengan MN8 Vitality, operator tenaga solar gergasi dan operator bateri EV AS, ChargePoint yang juga rakan kongsinya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...