Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Messi kembali beraksi dengan PSG

    PARIS, 12 MEI – Lionel Messi akan kembali ke Paris Saint-Germain (PSG) untuk perlawanan Ligue 1 esok di laman sendiri menentang Ajaccio selepas penggantungan yang dikenakan kelab kerana pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran.

    Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu tidak bermain pada hujung minggu lalu di Troyes selepas terlepas sesi latihan untuk memenuhi komitmen dalam peranannya sebagai duta pelancongan Arab Saudi.

    Pemain Argentina itu kemudiannya meminta maaf kepada kelab dan rakan sepasukannya, dan meneruskan latihan bersama PSG pada Isnin, tetapi masanya di Parc des Princes akan berakhir tidak lama lagi.

    Selepas dua tahun yang kurang memberangsangkan di Perancis, Messi kelihatan bersedia untuk bermain di Arab Saudi musim depan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang akan menyaksikan dia mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo ke kerajaan Teluk.

    Messi, yang berusia 36 tahun bulan depan, akan menandatangani kontrak ‘besar’ dengan kelab yang belum dinamakan, sumber yang rapat dengan rundingan memberitahu AFP minggu ini.

    “Kontrak itu luar biasa. Ia besar. Kami hanya memuktamadkan beberapa butiran kecil,” tambah sumber itu, yang tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media. – AFP

    Lionel Messi menghadiri sesi latihan kelab bola sepak Ligue 1 Perancis Paris Saint-Germain (PSG) di Saint-Germain-en-Laye, di pinggir barat laut Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...